Thursday, March 31, 2022

GUNUNG MURUD EXPEDITION

 

Alhamdulillah. Gunung Murud, Sarawak checked. 28-30 Jan 2022. KK-Lawas-Ba'kelalan- Lepo Bunga- Puncak Murud- Church Camp-Lepo Bunga-Lawas-KK. Memang best trip ni.

KK - LAWAS.

27/1/2022 tiba di KK lebih kurang jam 3.30 ptg. KK hujan lebat...masa landing td pun x nmpk apa2. Hati dh start rasa risau bila kenangkan nak hiking masa hujan nnti. Terus amik grab pegi Aristo Hotel, Putatan as per advised by gogo Saidin. Hujan masih x henti.

Lps mkn kt kedai tomyam bwh hotel, dlm hujan ku redah pegi cari jajan utk bwk hiking esok. Lepas tu terus masuk bilik x keluar2 sambil kemas2 brg utk perjalanan esok yg dh lama dinanti2kan. Sbnrnya dh lama teringin nk cross border ke srwk drpd  sabah ni...tercetus idea masa buat program2 di area Pekan Weston, Beaufort,  Sipitang dan Tenom seawal tahun 2006-2007 dan bbrp tahun slps tu.

Sampai2 di KK cuaca hujan lebat. Flight nak landing pun bergegar2...tp dlm hati ni lebih bergegar lagi memikirkan nak naik gunung dlm keadaan hujan nanti...harap2 cuaca ok lah nnti 

Bermalam di Putatan sorang2...esok pepagi Saidin akan pickup aku drpd sini

Kul 4 pg, 28/1/2022, saidin dh roger dia otw nk pickup aku kt hotel. Berposak jugak aku ketuk pintu lobi hotel tu nk kejutkan pekerja dia yg tgh tido utk check out. Lps dh check out, terus amik Dr Shakirah and Azlan dan proceed border Sabah-Sarawak di Sindumin. Otw tu, jumpa Stella di Beaufort...dia drive sendiri. Cuaca masih hujan dan mendung...dlm hati pun mendung juga nak2 lps baca posting Kay SOS yg baru keluar drpd Murud semalam. Risau...

Sampai di border siap2 isi e-health declaration utk masuk Sarawak. Proses nk masuk senang dan lancar..x byk tanya. Lps proses di imigresen, terus pecut ke Lawas lebih kurang 30 minit.


Sempadan Sabah (Sindumin) - Sarawak (Merapok)


Sampai di Lawas, sementara nk tggu 4wd yg akan bwk kami masuk ke Ba'kelalan dan Lepo Bunga sampai, kami pekena mee kolok dulu kt Pasar Lawas. Kali ni tekak aku boleh pulak terima versi mee kolok Lawas ni...hampir2 nk order satu lg...hehe.

X lama lps tu, 4wd smpi dan kami pun parking kereta dkt depan Hotel Seri Malaysia Lawas dan loading barang masuk 4wd. 

Next ialah perjalanan masuk ke Ba'kelalan yg penuh mencabar. Selalu aku tgk dlm youtube je...kali ni aku rasa sendiri...amik ko...padan muka...hehehe.


Pekan Lawas dari gerai makan yg kami singgah di atas pasar Lawas...baru lepas hujan


Mee Kolok terbaik...kena lah jugak dgn tekak

Parking kereta dpn Hotel Seri Malaysia Lawas...4wd pickup kami di sini 

Loading brg atas 4wd utk ke Ba'kelalan & Lepo Bunga

Bergambar dulu sblum roller coaster ride



LAWAS - BA' KELALAN

Perjalanan dari Lawas ke Ba'kelalan sejauh 140km menaiki 4wd. Dianggarkan antara 4-5 jam melalui dirt road yg roller coaster. Keadaan jalan bergantung pada cuaca...klu hujan mmg licin dan akan makan masa lama sikit. 

Aku decide xnak duduk dlm sbb takut mabuk, so aku dgn saidin duduk kt blkg. Bila kenderaan bergerak baru terasa menyesal duduk blkg sbb sejuk dan kena hujan. Kenderaan melalui jalan tar yg lancar sejauh 19km shj...selebihnya melalui dirt road yg mencabar. Di hujung jalan tar sblum memasuki dirt road, kenderaan berhenti sebentar buang angin tayar supaya lebih cengkam dan kurangkan hentakan.

Kompem x boleh tidur klu duduk blkg...tambah lg dgn slip disc aku ni, sepanjang jalan mmg terpaksa control supaya x terhentak sgt..walaupun ada masa mmg melambung2 disebabkan jalan yg x rata dan berbonggol2. Bbrp kali jugak kepala ni terhentak kat frame bumbung canvas...benjol.

Ikut kata gogo, driver 4wd ni mmg antara yg cekap dan laju...yup, mmg semua dipotongnya. Yg jadi mangsa, geng duduk blkg...huhu. Kami berhenti di bbrp pit stop utk buang air dan merehatkan pinggang. Disebabkan hari hujan dan jalan berlecak, kami yg di blkg mmg terpaksa hadap percikan2 lumpur dan tanah drpd tayar kereta. Habis kotor  baju seluar kami. Salah satu pit stop ialah di Demaring yang ada view yg sgt cantik.

Hampir 4 jam setengah perjalanan utk smpi ke Ba'kelalan tp aku x penat sbb view spjg perjalanan sgt menarik dgn gunung ganang, sungai2 dan perkampungan yg sgt cantik...satu pengalaman baru.




Sebelum masuk jalan off-road, buang angin tayar sikit supaya lebih grip

Cantik2 pemandangan sepanjang perjalanan ke Ba'kelalan



Singgah di Bukit Demaring



Sampai di Buduk Nur, Ba'kelalan

Pukul 2ptg kami smpi di Buduk Nur, Ba'kelalan..tmpt yg ada airport tu. Kat situ kami berhenti makan dan pegi cari guide utk naik G.Murud. Guide kami nama Gukang. Aku ngan saidin terpaksa pegi ke rumah dia utk maklumkan ketibaan kami. Mmg guide kami ni dah dua tahun xde hp, so, mmg kena menapak gi rumah dia. Komunikasi payah sikit bab ni. Smpi di rumah dia, wife dia bgtau, dia ke sawah buat kerja, nnti dia panggilkan. So, kami pun menunggu di homestay dpn airport tu sambil layan kopi...sedap pulak minum kopi kt tanah tinggi ni. Selesai solat (tumpang homestay kat situ), Gukang pun sampai dan kami bersiap utk teruskan perjalanan ke Lepo Bunga (base camp)

Ni lah airport Ba'kelalan...kapal terbang jenis STOL je yg landing sini

Ni yang akan kami tempuh nanti utk ke summit Gng Murud

Pemandangan kampung di Buduk Nur


Misi mencari rumah guide kami, Gukang


BA'KELALAN - LEPO BUNGA

Lebih kurang jam 3.30ptg, perjalanan diteruskan utk ke base camp kami pd hari pertama iaitu di Lepo Bunga. Laluan kali ni agak mencabar dengan kecuraman yg tinggi, jalan yang rosak dan juga terlihat runtuhan dan mendapan tanah di kiri kanan jalan.

Spt info awal yg diperolehi, kenderaan kami x dpt menghantar kami terus ke Lepo Bunga disebabkan tanah runtuh yg berlaku. Runtuhan tersebut masih kelihatan agak baru....tanahnya masih lembut dan berselut...sbb ada antara team kami yg cuba melalui kawasan tanah tersebut dn tenggelam hingga ke lutut. Jadi, kami terpaksa menapak/mendaki lebih kurang 1.6 km utk smpi ke Lepo Bunga sambil membawa kesemua brg personal dan sekurang2nya tiga botol air mineral 1.5l utk kegunaan di sana nnti.

X jauh drpd kawasan tanah runtuh pertama kita akan berjumpa dgn satu kawasan jalan raya mendap/runtuh yg telah agak lama. Pendakian yg menyiksakan diteruskan sambil melayan pacak yg x hengat utk smpi ke base camp.  Basah lencun jugak layankan trek jalan raya yg pacak ni...tapi nasib baik cuaca x panas dan view sgt cantik.


Terpaksa menapak utk ke Lepo Bunga sbb tanah runtuh...4wd x boleh lepas

Ni lah tanah runtuh yg menghalang 4wd kami utk ke Lepo Bunga

Bersiap utk menapak ke Lepo Bunga

Pacak jugak jalan nak ke Lepo Bunga ni...menitik peluh keluar

Ni runtuhan jalan yang dah lama


Jam 5 lebih kami semua smpi ke Lepo Bunga utk bermalam di situ. Ada tiga biji rumah kosong di situ yg agak menyeramkan terutama pd waktu mlm. Tandas ada tp x brp menyelerakan...aku lebih rela guna tandas terbuka. Kami pilih salah sebuah rumah di situ , yg paling dkt dgn trek utk naik ke Murud, utk pasang khemah bermalam. Malam tu, hanya kami shj yg berada di situ. Actually, spjg trip Murud ni mmg xde group lain yg mendaki, hanya kami. So, Murud ni mmg x brp ramai org pergi kot.

Suhu waktu malam kat sini x brp sejuk...x menggigil, walaupun ketinggian dah hampir 1,700m asl. Dh hampir nk pagi baru rasa sejuk sikit tapi masih acceptable. Sebelah rumah tmpt kami bermalam tu ada parit air yg mengalir, so, aku gunakan utk bersihkan bdn dan lain2. Cuma bila tgh2 mlm rasa nk terkencing, bila nak turun sorang2 tu ada rasa cuak sikit...sunyiii.

Seperti biasa, aku mmg susah nk tido. Awal2 tu adalah tertido jugak on off...tp lps trun buang air tu, terus x tido smpi subuh...esok pepagi lg dh nk summit...huhu😭

Sampai di Lepo Bunga

Ada bebrapa rumah yg tak berpenghuni di sini...agaknya klu ramai org mereka akan gunakan dua rumah ni jugak

Suasana di Lepo Bunga

LEPO BUNGA - BATU LINANIT

Awal2 lagi aku dah bangun sbb x boleh tido. Lps solat subuh n bfast kami bersiap2 pack brg2 utk dibawa ke puncak dan blk semula ke Lepo Bunga. Tp guide bgtau suruh standby sleeping bag just in case kami terlewat turun, kami akan bermalam di Church Camp. Seingat aku mmg aku bwk sleeping bag je selain brg2 ration utk ke puncak.

6.30pg kami bergerak stlh bacaan doa utk menhadap trek yg agak pacak utk ke Joy Bridge (Jambatan Sukacita). Trek boleh dikatakan pacak jugak dan sedikit berlecak dan ambil masa sejam utk sampai Joy Bridge. Mmg kena hati2 terutama bila menaiki tangga kayu buatan yg berlumut. Silap percaturan boleh tergolek.


Subuh di Lepo Bunga sebelum memulakan pendakian ke puncak Murud

Trek ke puncak dari Lepo Bunga memang berlecak, berlumut dan licin


Sampai di Joy Bridge, kami x tggu lama utk meneruskan perjalanan. Melalui bekas tinggalan platform kayu berbumbung yang separuh runtuh dan bersambung dengan platform besi yg ber'spring' apabila dipijak melahirkan rasa nyaman semasa berjalan. Trek pun mmg landai sampai ke tangga untuk naik ke Batu Linanit.


Sampai di Joy Bridge...berehat sementara tggu yg lain

Struktur berbumbung di Joy Bridge utk laluan ke Batu Linanti yang dah runtuh

Seronok betuljalan atas platform besi ni



Trek semakin lama semakin berlecak. Agak payah untuk maintain kestabilan badan apabila setiap permukaan yg dipijak termasuk batu, kayu, akar adalah amat licin sekali. Sesekali mmg ke selut jugak. Tp, setakat ni aku masih boleh maintain semangat utk mengelak masuk selut lagi.

Tak lama slps tu kami sampai ke permulaan tangga utk naik ke Batu Linanit. Tangga agak pacak dan amat2 licin...memang bahaya dan perlu berhati2 di sini...silap langkah mmg padah.

Sebenarnya ada short cut yg lebih landai (skip Batu Linanit) utk smpi ke Church Camp, tp kami decide utk x lalu short cut tersebut sbb katanya selut di situ setinggi lutut. Kami lebih rela panjat tangga yg beratus2 tu utk ke Batu Linanit dan turun ke Church Camp.

Permulaan tangga ke Batu Linanit

Tangga ni agak licin...

BATU LINANIT - CHURCH CAMP

Slps pendakian tangga yg curam dan licin tu akhirnya kami sampai di Batu Linanit , 2252m asl dlm jam 9pg. Mengikut ceritanya dulu inilah puncak Murud sehingglah dijumpai puncak yg skrg. Beza ketinggian pun x jauh mana.


Hampir sampai ke Batu Linanit

Sampai di BAtu Linanit



Pemandangan dari Puncak Batu Linanit



Kami x lama di Batu Linanit, cuma amik gmbar je. Stlh 10minit kami teruskan perjalanan ke Church Camp. Trek ke Church Camp menurun jer tp agak becak. Dalan 20 minit menurun kami sampai di Church Camp.

Church Camp ni tmpt org tempatan beragama Kristian buat acara keagamaan tahunan mereka (mcm Haji utk org2 Islam). Sejak pandemik, diorg dh x buat lagi acara tahunan tersebut. Last sekali ialah pada tahun 2019.

Kat sini ada rumah2 org tempatan utk tujuan acara tahunan tersebut dan ada takungan air serta bilik mandi dan tandas. Boleh dikatakan kemudahan yg selesa di atas ketinggian yg mcm ni. So, kami tinggalkan sleeping dan brg2 yg x perlu utk dibawa ke puncak di rumah milik guide kami i.e. Gukang, just in case kami smpi lewat ke sini drpd puncak dan terpaksa bermalam.


Church Camp dah nampak dah...




Tido kejap...lepas ni nak summit attack

CHURCH CAMP- ROCK GARDEN- SUMMIT

Jam 10pg kami bergerak daripada Church Camp menuju ke Puncak G.Murud.  Ikut target, kami kena smpi di puncak jam 1-2 ptg utk membolehkan kami balik semula ke Lepo Bunga utk bermalam.

Trek selepas daripada Church Camp ni mmg penuh dgn mossy yg cantik tp berselut. Mula2 aku gigih jugak nk elak selut...lama kelamaan kaki/otot pun jadi sakit sebab nk tahan diri drpd terjatuh ke selut. Aku dh x kuasa dh nak beriya2 xnak kasut kotor...mmg kompem masuk selut. Jadi, redah je lah selut tu.

At first aku follow saidin n stella...tp disebabkan mereka laju, aku end up berjalan sorang2 dlm hutan yg spooky tu. Agak jauh jugak lah aku jln sorg2 hinggalah Lan catch up aku drpd blkg...rupa2nya dia pun jln sorg jugak. 

Akhirnya, kami regroup semula di kwsn sungai yg sgt cantik. Kt situ kami berhenti rehat sambil bersihkan apa yg patut.  Setelah semua sampai, kami start trekking blk melalui kwsn sungai berbatu yg cantik. Di sini perlu hati2 sbb kwsn ni agak licin. X terbayang mcm mana grup sblum tu yg kena kepala air/air deras di kawasan tu. Mmg ngeri.


Trek selepas Church Camp...mossy, lecak, licin

Sungai




Lps kwsn sungai ni, kita akan memasuki kwsn bonsai yg cantik dgn rock formation yg menarik. Kitorg berhenti di Rock Garden utk lunch dan menunggu yg lain2 smpi. Bila semua dh lunch, kami meneruskan perjalanan menuju puncak Murud. Perjalanan ke puncak rasanya antara 30 ke 45 minit melalui jln yg bermossy dan berselut. Lebih kurang 2.30 ptg, akhirnya kami smpi di Puncak Gunung Murud, 2423m asl. 

Alhamdulillah, tertunai juga hajat utk sampai ke puncak tertinggi di Sarawak. Sesi bergambar di puncak pun dimulakan. Walaubagaimanapun, disebabkan awan agak tebal, kami x dpt menyaksikan Batu Lawi drpd puncak Murud. Anyway, syukur sgt2 semua team kami berjaya sampai ke puncak.


Hampir sampai ke Rock Garden...byk rock formation yg menarik di sini

Makan dulu di Rock Garden sblum ke Puncak Murud

Memulakan pendakian ke Puncak Murud

Mossy tebal otw ke Puncak

Alhamdulillah...sampai di Puncak Gng Murud, Sarawak



Our small team

Wakil drpd MMU Melaka


Abadikan gmbr di puncak Murud sebelum turun

Awan tebal...kalau x, boleh nampak Batu Lawi kat belakang

Kami start turun drpd puncak jam 3ptg. Awan mula gelap tanda2 hujan nak turun. Jadi, kami cpt2 turun utk mengelakkan berlaku air deras di kwsn sungai tu nnti.

Perjalanan blk pun terasa sgt2 pjg sbb kena hadap selut dan cabaran yg sama mcm masa pergi. Akhirnya, 6ptg kami smpi di Church Camp dan decide utk bermlm di situ. Lagipun, aku mmg aku dh x larat nk turun ke Lepo Bunga dh. Rezeki juga kami dpt pengalaman tidur kt Church Camp.

Bermalam di rumah Gukang @Church Camp

CHURCH CAMP-LEPO BUNGA-LAWAS

Memandangkan smlm kami smpi lewat di Church Camp, maka kami decide utk bermlm di rumah Gukang. Mulanya aku risau jugak sbb fikir aku cuma bwk sleeping jer. Baju seluar yg dipakai naik puncak semua dah lencun. Suhu pulak dh semakin semakin. Tapi, bila aku buka plastik hitam yg isi sleeping bag tu, ntah mcm mana dlm tu ada baju fleece...Alhamdulillah. Aku pun teringat aku ada bwk seluar baju hujan masa naik puncak...so, lega sikit hati boleh tido dlm keadaan kering.

Dlm rumah gukang tu suhu xlah sejuk sgt sbb diorg pun bakar kayu api utk memasak dlm rumah. Lps mkn, dgn bdn letih mata ngantuk, aku pun tertido. Jam 12.30tgh mlm aku terjaga nak kencing. Lps tunaikan hajat aku cuba nk tido blk tp x berjaya. Dgn slip disc aku ni, pusing kiri x selesa, kanan x selesa, terlentang pun x selesa...so, berjagalah aku smpi pagi.

Lps subuh dan lps bfast kami start trun ke Lepo Bunga jam 7.30pg. sekali lg kami melalui Batu Linanit, jadi terpaksa mendaki sikit dan terus turun. Smpi di Lepo Bunga jam 10pg utk kemas2 brg dan menuruni jalan tar ke tmpt 4wd kami menunggu. Kat situ ada mcm pancuran air utk kami mandi sblum bergerak blk ke Lawas.


Sebelum memulakan pendakian turun ke Lepo Bunga


Lepas mandi dan salin pakaian, bersiap sedia utk another 4-5 hour roller coaster ride balik ke Lawas

Alhamdulillah, kami smpi Lawas jam 5.15ptg dan cpt2 bergerak ke Imigresen Merapok utk masuk semula ke Sabah sebab pintu border akan tutup jam 6ptg. Ngam2 kami smpi border jam 5.50ptg dan selesaikan segala proses imigresen yg ringkas dan solat jamak ta'khir di Masjid Sahabat di situ.

Kami singgah Sipitang utk dinner, makan sate sipitang yg terkenal dan kepak ayam bakar. Lps mkn dan solat, kami teruskan perjalanan blk ke KK, otw ke Beaufort tu, kami terpaksa melalui jalan raya x siap, x bertar, xde garisan jalan, xde lampu dan xde kon2 jalan pantul cahaya. Mmg bahaya dan susah melalui jln mcm ni nak2 klu hujan dan berselisih dgn kereta di depan...mmg x nmpk jln. Kereta kami hampir masuk longkang pembahagi jalan...tp dgn kecekapan driver kami yg memandu 20km/j, beliau berjaya mengelaknya😂😂😂.

Kami smpi KK jam 10mlm dan aku check in sekali lg hotel Aristo Putatan mlm tu sblum blk ke KL keesokan paginya.

Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan selamat. Satu pengalaman yg sgt berharga dan menarik. Tq Allah.