Sunday, October 13, 2024

TRANS BENUM (2107m asl) via ULU CHEKA

Trip: TRANS BENUM via ULU CHEKA

Date: 20 - 23 Oktober 2022

Line up : 8 orang

Guide : Fairuz Abbas, Abu (Shafiq) & Hatta

*Ni posting untuk trip lama tahun 2022. Xde masa dan motivasi nk buat...baru ni jer teringat*

Trip ni organized by Sly (Oobah Venture). Drpd Melaka aku dgn Lan jer. Kami berkumpul di TBS dulu utk tggu yg lain2 sampai, kemudia baru bergerak. Sblum tu kami singgah di R&R Genting Sempah utk makan terlebih dulu sblum bertolak ke Ulu Cheka.

Rasanya kitorang sampai di Ulu Cheka lebih kurang 1.00 pg dan terus check in dan tidur di dewan kepunyaan Persatuan Pemandu Pelancong Mukim Ulu Cheka. Tempatnya selesa, bserkipas, ada tandas dan bilik mandi yang selesa.

Ketinggian Gunung Benum ni ialah 2107 meter a.s.l dan merupakan gunung ke-10 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Walaupun x setinggi mana, tapi, sebelum trip ni lg aku dh dgr citer pasal betapa hardcorenya G.Benum ni. Ni menambahkan lg seriau aku nk naik...huhu. ramai yg mental naik gunung ni.

Line up kali ni 8 org berserta 3 org guide iaitu Fairuz, Shafiq & Hatta.


Sampai2 di Ulu Cheka kami bermalam di sini...tempat selesa.

Awal pagi kami dah bersiap sedia utk packing brg yg hendak di bawa dan bergerak ke starting point menaiki 4wd

Day 1

Bergerak naik 4wd.
Otw tu kami berhenti sarapan beli/makan sarapan pagi.
Kami dibawa ke Pejabat Perhilitan untuk declare brg2 yang dibawa. 

dssdwdwdw
Tiba di Pejabat Perhilitan

Declare barang di Pejabat Perhilitan

Lps declare barang, kami naik semula 4wd untuk ke starting point yg agak jauh, lebih kurang 13.5km. Slps stretching dan doa, kami pun memulakan pendakian.

Tiba di starting point

Permulaan trek

Dgr briefing drpd guide sblum memulakan pendakian

Permulaan trek melalui kebun kelapa sawit yang agak mendaki

Permulaan trekking agak mudah cuma sedikit mendaki. Bagi aku yg kurang fit berbanding yg lain2, ni pun dah kira mencungap. Tp org lain semua steady jer. Awal2 tu aku agak risau jugak dgn fitness aku compared to others, sbb diorg nampak santai habis,

Pit stop pertama kami ialah di Lata Lemang. Kat sini ada lata/jeram yg jernih dan best untuk mandi. Kami berenti lama di sini utk makan dan solat. Aku siap mandi kat sini utk sejukkan badan.

Lata Lemang

Makan dan rehat di sini

Jeram yg best utk mandi

Selepas berhenti lama di Lata Lemang, pendakian diteruskan melalui Kem Emergency dan singgah sebentar di Kem Jeneruh Kem Bukit Damar. Di Kem Bukit Damar ada punca air dan boleh topup air kat sini.

Kem Jeneruh

Kem Bukit Damar

Pendakian diteruskan drpd Kem Bukit Damar. Hari makin lama makin gelap nak magrib dan grup aku hampir2 dan tersesat jalan. Nasib baik guide tersedar dan retrack balik jalan yg betul. Grup aku sampai di Kem Gunung Lilin libih kurang jam 8.00 malam. Tolong2 diorang setup khemah bersih2 diri sambil menunggu dinner prepared by Jejak Shizuka. Jarak pendakian hari ini ialah 7.5km. 

Malam kedua di sini. Gambar ni diambil pagi berikutnya.

Kak Jejak Shizuka jadi chef kami utk trip ni...makan mmg paduuu

Lepas makan, borak2 sikit dan terus masuk bedding. Suhu agak sejuk tapi still boleh tahan. Seperti biasa, aku x dapat tidur. Jantung x slow down dan makanan x turun bawah.

Pagi esoknya, badan dan kepala rasa x fresh. Solat subuh dan prepare utk sambung trekking. Kepala pening, ngantuk, mata bengkak dan badan rasa melayang...hadap jer lah utk trekking hari kedua ni,

Ada takungan air hujan kat sini utk digunakan

Briefing utk perjalanan hari kedua

Bergambar dulu di Kem Gunung Lilin sblum meulakan pendakian hari ke-2

Day 2

Pendakian diteruskan dlm keadaan mengantuk dan badan melayang. Berhenti di banyak pit stop antaranya di Gunung Runtuh, Pos Tinjau, Batu Serondong, Permatang Beruang dan tiba di Kem Permatang Angin (KPA) lebih kurang pukul 4.45 ptg. Jarak perjalanan hari ini ialah 5.5km.

Gunung Runtuh

Pos Tinjau

Rest di Pos Tinjau

Batu Serondong

Tulisan di dinding Batu Serondong

Sly, Lan, Aku & Abg Zamry

Alhamdulillah, hari masih cerah lagi ketika sampai di KPA. View memang terbaik kat sini. Kawasan campsite pun agak selesa dan luas serta ada takungan air...klu musim kering mungkin xde air ni kot.

Lps setup khemah, bersih diri, layan view, amik gambar sambil tlg2 chef masak. Harap2 malam ni boleh tidur nyenyak.
Tiba di Kem Permatang Angin

Setup khemah

Suasana di Kem Permatang Anging petang tu...mmg best

Kitorg tido bwh fly ni

Dinner malam kedua

View waktu petang di Kem Permatang Angin


Aku ingat cuaca di Kem Permatang Angin elok sampai ke pagi dengan harapan dapat tidur nyenyak malam tu utk recover tido yg x cukup mlm sebelumnya. Malangnya, mlm tu pun aku still x boleh tido, struggling dgn degupan jantung yg laju dan suhu lebih sejuk berbanding malam sebelum. Ditambah lagi dgn hujan lebat yg turun dan sleeping beg basah...langsung aku x boleh tido. Pusing kiri kanan sampai pagi dgn harapan dapat lena.

Day 3

Pagi tu keadaan aku super barai setelah dua malam x tido. Tapi perjalanan tetap perlu diteruskan.

Lps kemas khemah, bfast, kemas beg dan bersiap diri, kami meneruskan perjalanan untuk misi ke puncak Benum hari ini.

Dlm beberapa minit berjalan kami sampai di simpang utk ke Puncak Benum dan ke Sg, Besar. Guide suruh tinggalkan beg kat situ dan bawak air & kudapan sikit utk shoot ke puncak. Lega sikit rasanya x bwk beg ni. Lebih kurang setengah jam mendaki, kami tiba di Heli pad...bergambar dan meneruskan perjalanan ke puncak Benum.

Ready to summit

Tinggalkan beg di simpang antara puncak Benum dan Sg, Besar.

Di Heli Pad

Akhirnya, kami sampai di puncak Gng, Benum lebih kurang pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah.

Misi tercapai...Puncak Gunung Benum

Puncak Gng Benum 2107 meter a.s.l

Pinjam gambar drpd Sly De Nanak

Suasana di puncak Gunung Benum ni suram dan gelap jer...sepi. X nampak sekeliling sebab di penuhi pokok2 yg tinggi dgn keadaan tanah lembab. Xde apa yang menarik kecuali ada beirut di situ. Jadi, mmg xde motivation pun utk stay lama kat situ. Lps amik gmbr individu & team, kami gerak utk turun semula ke simpang utk ambil beg dan shoot ke Sg. Besar. Dijangka perjalanan hari ni adalah yang paling panjang sekali iaitu total 13km.

Otw ke Sg. Besar tu, kami singgah di Anak Sg. Terboi utk solat dan terus ke Kem Org Asli, Permatang Gunung Cermin dan akhirnya sampai di Kem Sg. Besar jam 8.00 malam.


Singgah di Anak Sg, Terboi utk makan dan solat.


Permatang Gng Cermin. Tiba di sini lebih kurngjam 4.30 ptg.

X dinafikan, hari ini hari paling barai dlm hidup aku. Dgn trek roller coaster, balak melintang, trek licin sbb hujan dll. Bbrp kali jugak menggelongsor masa nak turun bukit sbb licin. Mudah2an mlm ni ada sinar utk tidur nyenyak.

Masa kami smpi di Kem Sg Besar, hujan dah start turun, tp x terlalu lebat. Aku sampai2 je terus tlg setup khemah, kemas brg dan mandi sungai. Lps tu tggu dinner dan x sabar nk tidur lps tu.

Alhamdulillah...mlm tu aku dpt lah tidur dalam satu setengah jam pastu terjaga sbb nak terkencing & sbb hujan. Lps tu aku dh x boleh tidur dah smpi ke pagi.

Esok pagi ada perjalanan yang boleh tahan jauh utk keluar drp hutan ni.

Malam ketiga di Kem Sg. Besar. Kawasan luas dan selesa cuma ada sedikit pacat kat sini.

Malam tadi hujan

Air sungai pun naik tinggi sbb hujan semalam

Day 4

Hari terakhir utk trip Trans Benum ni. Khabarnya hari ni akan kena lintas sungai dan mungkin air sungai akan naik sikit sebab hujan mlm tadi. 

Mula trekking agak lewat sedikit dlm pukul 11 pagi. X lama berjalan dah terjumpa sungai utk crossing. Lps tu ada satu lagi sungai kena cross. Ada sekali tu air agak dalam...nasib baik guide dpt cari rotan panjang untuk bantu bantu semasa cross sungai.

Cross sungai dgn bantuan rotan yg disediakan oleh Guide

Menunggu giliran untuk cross sungai

Air sungai agak deras


Alhamdulillah, semua berjaya cross sungai dengan selamat dan kamimenerukan perjalanan.

Otw tu kami melalui beberapa check point seperti Kem Asli, Simpang Lata Bujang, Kem Kongsi Cina dan akhirnya berjaya keluar drpd hutan pada pukul 4.45 ptg. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Seterusnya naik 4wd ke Pejabat Perhilitan dan akhirnya terus ke dewan yg kami tidur masa sampai malam pertama. Total jarak perjalanan hari lebih kurang 10.5km.


Antara pit stop sebelum keluar drpd hutan

Akhirnya, setelah 4 hari 3 malam di dalam hutan, kami berjaya juga keluar drpd hutan

Setelah sampai di dewan PAMUC tu, kami bersihkan diri dan kemas brg2. Mlm tu Sly belanja kitorang makan di warung dekat kampung berdekatan. Ada sesi post mortem dan perkongsian pengalaman sikit dan diakhiri dengan pemberian sijil atas kejayaan menyempurnakan trip Trans Benum ni. Slps tu masing2 bergerak kembali ke pangkuan keluarga tercinta.

Overall, ni antara trip paling barai bagi aku. Bukan sebab apa, satu, sebab x fit, satu lagi sebab aku x boleh tidur. Rasanya ada jer trip2 lain yang lebih kurang hardcore mcm ni tapi dlm trip2 tu aku xde masalah sgt nak tidur, jadi, x rasa sgt dia punya seksa tu.

Later, baru aku find out what was really my problem. That was the reason why everytime aku hiking, aku akan ada masalah untuk tidur, jantung laju, nafas x lancar masa nak tidur. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menghirup udara nikmat Allah ni hingga sekarang.

Lps trip ni, aku ada satu lg pending trip yg sepatutnya berjalan masa COVID aritu...tp disebabkan 2nd wave covid, trip tu terpaksa ditunda. Anyway, dlm trip berikut ni pun aku masih belum dapat tahu masalah yg aku hadapi dan masih mengalami problem yang sama masa hiking.

Sekian.

No comments:

Post a Comment