Monday, October 14, 2024

TRANS SINSING KAINGARAN DECEMBER 2022

TRANS SINSING KAINGARAN DEC 2022

Tak lama lepas trip Trans Benum Oktober 2022 lalu...tiba masa untuk trip ke Sinsing Kaingaran di Tambunan Sabah. Trip ni anjuran Oobah Venture dan sepatutnya dibuat tahun 2021, tapi disebabkan berlaku 2nd wave COVID, maka trip ni terpaksa ditunda...so, flight ticket yg dh beli terpaksa burn. 

Lps tu, nak cari tarikh yg semua available mmg satu cabaran...last2 tarikh yg dipersetujui semua ialah drpd 15-18 December 2022. 

Flight ke Sabah: 14/12/2022

Trans SK : 15-18/12/2022

Flight blk KL: 19/12/2022

Gunung SinSing (2603 meter a.s.l) ni klu diikutkan adalah gunung ke-3 tertinggi di Malaysia. Manakala Gunung Kaingaran (2482 meter a.s.l) adalah yg ke-5 tertinggi di Malaysia. Klu ikut cerita kwn2 yg dah naik, SK ni boleh dianggap hardcore dan mental sebab trek naik turun naik turun especially utk sampai ke Kaingaran.

Kami tiba di KK hari dah malam, terus check in hotel bajet dan tidur. 


Keesokan harinya, van dtg pickup kami di hotel dan terus gi bfast di mamk sementara menunggu bebrapa org drpd Sabah lagi sampai. 

Lps bfast, terus ke Rafflesia Info Centre di Tambunan untuk tunggu bbrp org lagi yg belum sampai. Sempat juga kami dibawa utk tgk rafflesia yang sedang blooming (kena trekking sikit lah).

Lepas tu bergerak ke Tambunan utk beli ration dan lunch terus. Seterusnya bergerak ke Balairaya Kg. Nupakan untuk bermalam di situ.

Sly dtg jumpa kami lps tgk Rafflesia

Balairaya Kg Nupakan ni agak selesa dengan kemudahan tandas dan dapur. Tidur pun selesa juga dan x berapa sejuk walaupun berada pada 550 meter a.s.l.

Day 1: 

Trip ni kami decide utk bwk ration dan masak sendiri. So, pagi tu, kami bersiap2 dan prepare bfast sendiri.

Pukul 8.30 pagi bergerak ke Starting point dgn menaiki 4wd.

4wd drop kami di Starting Point (1375 m.a.s.l) jam 9.35pagi.

Ok...dah siap dah ni...let's gooo

Sblum naik 4wd ke starting point

Geared up utk memulakan pendakian SK

4wd yg bawa kami ke starting point

Jumpa lagi Kg Nupakan 2 hari lg

Hampir satu jam jugak untuk sampai ke starting point drpd Kg Nupakan

Otw to starting point

Sampai di starting point

Pondok di starting point



Bersedia utk memulakan trekking drpd Starting Point

Gambar bersama grup besar yg naik SK hari yg sama

Daripada starting point tu, kami mulakan perjalanan yang pada mulanya agak santai sehingga jumpa satu kawasan rata yang ada kolam/tasik kecil utk berehat. Selepas itu, perjalanan agak mencabar dan trek mula memacak utk sampai ke Basecamp Sinsing.

View trek otw ke basecamp Sinsing

Aku tiba di Basecamp Sinsing lebih kurang pukul 3.30 ptg. Hari masih cerah dan kami sempat utk solat, masak, makan dan borak2 lg sblum hari gelap.

Basecamp ni mmg proper...siap ada kawasan dapur utk masak2, sumber air, tandas dan tempat tidur yang boleh dikatakan selesa...lebih kurang mcm basecamp di Trusmadi.

Kemudahan di Basecamp Sinsing

Sesi Ngopi n ngobrol di basecamp

Tempat tidur di basecamp Sinsing...

Malam pertama di Basecamp Sinsing ni pun aku x dapat tidur. Boleh dikatakan sejuk jugak lah suhu waktu malam kat basecamp ni.

Day 2. 

Pagi tu, grup utama start trekking sebelum subuh bagi mengelakkan lewat sampai semula ke basecamp. Grup kami decide utk bergerak lps Subuh ,5.45 pagi, untuk memudahkan urusan solat etc.

Trekking lebih kurang sejam setengah dlm keadaan sejuk, kami sampai di puncak Sinsing pukul 7.20 pagi. Puncak Sinsing ni x besar mana dan agak sempit, so, kena berhati2 supaya x terjatu ke gaung.

Slow and steady ke puncak Sinsing

Ni grup yg grk lewat drpd basecamp

Ok...dah nampak puncak Sinsing drpd jauh

Kenangan di Puncak Sinsing

MMU di puncak Sinsing

Tali penghadang di Puncak Sinsing

Perjalanan diteruskan semula dari puncak Sinsing ke Puncak Kaingaran. X brp lama trekking, grup yg laju dah bedesup dah hilang drpd pandangan. Mmg diorg target xnak smpi malam kat basecamp.

Trek ke Kaingaran ni mmg jauh dan mental. Non stop turun naik turun naik sampai ke puncak. Dah lah tu, balik pun kena lalu jalan yg sama turun naik yang sama jugak. Mmg mental. Otw naik tu kita dh terserempak dgn grup2 laju yg dh turun drpd puncak utk ke basecamp.



Gerak ke Kaingaran pulak

Suasana pagi otw drpd puncak Sinsing ke puncak Kaingaran

Layan view


View otw ke Puncak Kaingaran

Anyway, aku smpi di puncak Kaingaran dalam pukul 1.30 ptg...Alhamdulillah. Kami berehat sambil lunch dan solat siap2 kat puncak (kt puncak ni xde sumber air rasanya). 

Abadikan kenangan di Puncak Kaingaran

Satu lagi sblum turun ke basecamp

Lps solat dan amik gambar, kami start turun semula jam 3.00 ptg utk ke basecamp. Perjalanan balik ni melalui trek yg sama. Hari dah mula gelap even before sampai di Puncak Sinsing.dengan hujan renyai2. Anyway, memandangkan aku gerak slow and steady jer, so, xde lah rasa penat sgt. Selepas meredah gelap dan hujan, kami sampai semula di basecamp jam 10 malam.

Dlm keadaan sejuk tu, aku gigihkan jugak utk mandi dan pakai pakaian kering dgn harapa dpt tidur selesa mlm tu. Ye lah kan...dan penat2 trekking dlm keadaan x cukup tidur mlm sblumnya...harap2 dpt lah tidur nyenyak mlm ni....

Hmmm...aku gagal jugak tidur mlm tu...sejuk...dan jantung x slow down.

Day 3

Pagi esoknya lps solat subuh, prepare bfast dan makan, kami bersiap2 utk turun semula ke starting point. Lutut dah mula sakit ni...

Kami gerak meninggalkan basecamp jam 8.35 pagi.

Siap sedia utk turun ke starting point...lutut dh nyut nyut rasa

Sblum turun ke starting point

Otw turun ni aku byk trekking sorang2 jer slow2...tp ramai lg yg lebih slow drpd aku kt blkg. Sblum smpi di kawasan rehat yg ada mcm tasik tu, aku dh mula lajukan langkah. sampailah ke starting point dalam pukul 1.15ptg....Alhamdulillah.

Lama jugak menunggu yg lain2 sampai. 4wd pun satu per satu smpi utk pick up kami balik ke Nupakan.

Alhamdulillah...sampai di starting point

X ramai lg org yg dh smpi di starting point time ni


Lps semua dh smpi di starting point, 4wd bawak kami balik ke Nupakan dan smpi di sana jam 3.00ptg.

Lepas kemas barang, bersih diri dan salin pakaian. Kami makan dulu dan sebelum balik ke KK ada penyampaian sijil daripada organizer. Kemudian, van bawa kami balik ke KK utk satu malm lagi di hotel yang sama dan balik ke KL hari berikutnya.

Suasana balairaya Kg Nupakan slps balik drpd SK


Penyampaian sijil drpd organizer

Wahhh...dapat 2 sijil lg tuu

Mlm terakhir di KK tu aku igt lagi...waktu tu final World Cup Argentina vs France...aku layan tgk final dgn staff hotel kat lobi. Tahniah...Messi menang...hehe.

Alhamdulillah, trip ni mmg best. Cuma trekking drpd basecamp ke Puncak Sinsing & Kaingaran dan patah balik ke basecamp tu je yg pewai sikit...lain semua OK.

Trip gunung kat Sabah ni so far bagi aku mmg terbaik...keselesaan sepanjang berada dalam hutan tu pada aku sgt acceptable. Recommended.

** Trip ni adalah trip gunung terakhir aku...sehingga skrg (blog ni ditulis pd 13/10/2024), aku masih lagi berehat drpd menggunung dan belum ada satu gunung pun yang aku naik dlm tempoh tersebut (kecuali Fansipan...itupun pasal naik cable car...kahkahkah).

Mmg ada rasa nk start balik, itu yg tercetus nk tulis blog ni semula setelah sekian lama...dh mula dtg gian. Insya Allah....slow2 dulu...kita layan gunung daypack

No comments:

Post a Comment