Monday, February 12, 2018

EKSPEDISI GUNUNG ULU SEPAT, G7 GRADUATION

Gunung ULU SEPAT, Sg. Siput Perak
Tarikh: 15-18 Sept 2017
Organizer: S.O.S

Bermula tahun 2014 entah mcm mana terjebak ikut student2 MMU naik YYBTN. Sebelum tu mmg xde terlintas pun nak gi G7 ni apatah lagi nak khatamkan...langsung x terfikir. Tapi, sekali dah terjebak, pastu kwn2 lak ada yg meracun...lps satu, satu gng g7 aku naik. Bukan takut x larat, cuma nak lama2 duduk dlm hutan tu kdg2 susah sikit...disebabkan hal keja dan hal umah.

Anyway, dah tggl satu jer G7 nak kena setel ni...iaitu Gunung Ulu Sepat...alang2 biar abiskan jer....xlah terkilan sgt nnti.

Dari Melaka kitorg berkumpul di Masjid Bawong. Smpi di Masjid Bawong kul 2...x dpt lelap lak mata ni sementara nak tggu 4wd bergerak masuk ke dalam.

Kul 4pg bergerak dgn 4wd masuk ke dalam. Dijangka 4 jam atas 4wd. kali ni mmg ramai yg join trip ni...30++ org kesemuanya.

Berenti solat subuh di satu kawasan lapang (tempat kumpul balak).

Dapat maklumat 1 org hiker dah tertinggal kt msjd bawong tertido dan xde sape2 kejutkan dia masa nak gerak td. So, satu 4wd kena amik dia, so penumpang 4wd tu kenalah tggu kt situ smpi 4wd tu masuk balik , manakala 4wd yg lain2 masuk dulu ke dalam. Kebetulan 4wd aku yg kena keluar blk semula amik hiker yg sorg tu...so menunggu lah aku dan bbrp org lg kt situ dlm kesejukan. Lama gak lah kena menunggu...

Hampir 4 jam menunggu 4wd tu pun sampai dan kami pun meneruskan perjalanan. Off-road dia mungkin x seganas Chamas tapi cukup menyeksakan bila kenderaan dibawa laju dan terhentak2...melambung2 org dduk belakang.



Menunggu sampai tertidur...

Menunggu smpi 4wd tu masuk kembali...hampir 4 jam

Geng yg awal2 masuk dh sampai dan bersiap utk trekking 

Last2 smpi gak kt Pos Kemar...kt kg org Asli. Situ lah starting point utk trekking ke next pit stop iaitu Kem Sg. Lenweng. Plan asal sepatutnya kitorg akan trekking smpi Kem Sg Lenweng...letak brg kat situ dan trus shoot ke puncak dgn harapan sampai puncak sebelum gelap. Pastu turun semula ke Lenweng.

Tp sebab masalah teknikal, organizer decide utk Berenti bermalam di Kem Sg. Lenweng dan naik ke puncak awal pagi berikutnya. Jadi, dapatlah rest dan tido sikit.

Pendakian ke Lenweng biasa2 jer...tp agak jauh jugak dan diiringi dgn ujan gerimis syahdu.

Bagi jajan kt anak2 kampung...


Berehat lama gak kt sini...

Gmbr di ambil masa otw turun sbnrnya...


Klu dh jumpa rumah ni...Kem Sg. Lenweng dah x jauh dah...(gmbr diambil masa nak balik)

Kat Lenweng ni agas boleh tahan gak banyak...tp penat dan ngantuk nyer psl...terlena jugak.

Pukul 4 pagi dah gerak utk summit attack. Trek pacak...pacak dan pacak.

Berenti subuh di pertengahan jalan.

Meneruskan perjalanan...matahari mula terang.

Melalui kawasan mossy...maknanya dah nak hampir sampai di puncak.

Trek menuju puncak



Bila dah sampai mossy ni maknanya puncak dah x jauh...

Mossy dia masih dara lagi...antara yg tercantik

Akhirnya sampailah aku ke puncak G7 aku yg ketujuh iaitu Gng Ulu Sepat...Alhamdulillah.

Ramai yg grad sama dgn aku...so, mmg meriah.

Turun sket drpd puncak ada viewpoint...boleh nampak kawasan sekililing yang menakjubkan.

Tahniah...Puncak Ulu Sepat

Antara grup2 yg awal sampai puncak...

Majlis graduasi...

Antara yg grad G7 bergambar dgn guide...



Menyambut Hari Malaysia di Puncak Ulu Sepat.

Kawasan sekitar puncak


Abadikan kenangan..

Siap bawak robe convo...

Kt viewpoint...x jauh drpd puncak

Nak naik lagi x lepas ni..???

Layan view...Subhaanallah.
Perjalanan pulang pun menyeksakan jugak terutama part naik 4wd tu...mata ngantuk tp terpaksa layankan lambungan2 off-road tu utk 4-5 jam...huhu. Kesudahannya...penangan naik 4wd kat Chamah dan Ulu Sepat ni sampai skrg rasa sengal kt tongken masih terasa...huhu

Alhamdulillah...selesai G7 bukan bermakna power...tp sekadar nak tenangkan hati dan fikiran yg keluh kesah selagi x abis G7...desakan self-achievement yg sebenornya...so bolehlah nak santai2 jer lepas ni.

Pasni klu nak ajak aku naik gng 2hari 1 malam boleh lah...jangan lebih2...mmg aku xkan pegi nyer kecuali yg betul2 best..sbb aku kan pelancong gunung...bukannya hiker tegar...hahaha

No comments:

Post a Comment