Friday, February 9, 2018

GUNUNG RINJANI, LOMBOK NTB

Assalamualaikum wbt.

Tarikh: 27 Julai 2017 - 1 Ogos 2017

Trip tahunan bersama Q40 R2MK kali ni membawa kami ke Gunung Rinjani, Lombok. Personally, ni kali ke-4 aku ke Lombok dan kali ni mmg target nak setelkan Rinjani...lain2 aturcara x brp nak fikir sgt.


Bersama geng2 masa naik Kerinchi tahun 2015 dan bbrp kenalan baru. Mostly drpd KPDNKK
Bersama geng Kerinchi 2015 dan bbrp kenalan baru. Mostly drpd grup KPDNKK

Makanan yg di sediakan di basecamp Sembalun...Dah lewat malam jugak ni. # jam perjalanan drpd BIL utk sampai ke homestay Desa Sembalun ni

Pagi di basecamp...bfast disediakan sblum memulakan perjlnn mendaki 3h2m

Suasana pagi di basecamp...

Di Sembalun sebelum bergerak ke starting point

Ekspedisi mendaki Rinjani pada kali ini mengambil masa 3hari 2 malam. Pendakian hari pertama dari Sembalun pada aku sangat santai dengan udara yang nyaman...kecuali ketika matahari terik sewaktu melintasi savanna ke Pos 1...ada rasa mcm nak terbakar kulit...sib baik ada bawak topi. Seterusnya ke Pos 2 dan 3 terasa santai2 aja...walaupun hakikatnya mendaki...tetapi masih boleh bertahan. Cuma dri Pos 3 ke Pelawangan, tempat kami akan berhenti bermalam, pendakian melalui Jalur Penyesalan adalah agak sukar memandangkan keadaan trek yang agak pacak. Satu lgi hal ialah sewaktu musim kering, keadaan trek agak berdebu dan dinasihatkan memakai buff untuk menutup hidung dan mata.

Bergambar dulu sblum memulakan pendakian dgn berlatarbelakangkan G.Rinjani

Siap utk memulakan pendakian dari Pintu Gerbang Taman Nasional Rinjani lebih kurang jam 10 pg

Melalui kawasan savanna yang panas terik...

Sampai di Pos 1

Berenti di Pos 2

Menunggu makanan siap

Lunch di Pos 2

Lama jugak berenti di Pos 2 ni. Mmg ramai pendaki berenti sini utk rehat & makan

Aku sampai di Pelawangan jam 4.30 ptg...sampai2 je khemah dah siap didirikan oleh guide walaupun terpaksa menunggu lama untuk mencari kawasan khemah untuk grup kami.

Waktu sampai di Pelawangan, kawasan sekitar dilitupi oleh kabus, jadi x nampak apa2 sgt di sekeliling. Cuma bila dah nak masuk maghrib baru lah kabus2 tu lenyap...barulah nampak danau Segara Anak di bawah...maasya Allah...mmg cantik. Lama jugak aku termenung tengok keindahan alam ciptaan tuhan. Lepas makan malam kami pun terus tidur untuk kumpul tenaga untuk pendakian ke puncak awal pagi berikutnya.


Tiba di Pelawangan...keadaan agak berkabus

Makin lama makin ramai yang sampai...keadaan penuh sesak kat sini...nak mem'buang' pun payah...sbb 'BOM' merata2

Seawal jam 3 pagi kot...guide dah gerakkan kami untuk bersiap untuk mendaki ke puncak. Suhu pada waktu tu mmg teramatlah sejuk...perrgghhh...mmg gigil....bercinta nak salin baju dan bersiap. Pendakian ke puncak memang mencabar...sebab pasir yang menggelongsor. Nyesal x bawak trekking pole sebab kaki aku dah gigil nak tahan longsoran pasir2 halus berbatu kt Rinjani ni....tapi tetap kugagahkan jugak...hehee. Masa berenti nak tggu subuh tu lah yg paling sejuk sekali...berketap2 gigi dibuatnya. 

Pendakian diteruskan juga walaupun ada rasa nak menyumpah psl x sampai2 puncak. Bila matahari dah terbit baru lah nmpk keadaan sekeliling yang memukau. Akhirnya sampai jugak aku kat puncak Rinjani...alhamdulillah. Suhu kt atas mmg terbaik punyer sejuk...siapa tahan sejuk bolehlah duduk lama2 kat situ. lps amik gmbar aku pun turun sikit ke bawah duduk dgn guide  yg tgh tggu geng2 lain yg belum sampai sambil layan kopi panas yg dibuat oleh guide.

Alhamdulillah...di puncak Rinjani

Bersama partner dari MMU, Azlan...his 2nd time naik Rinjani

Satu lg pose kt Puncak sblum turun

Bila dah x boleh tahan sejuk aku decide untuk turun semula ke Pelawangan...acara turun puncak seperti biasa mmg syok...mcm main ski jer...xde gigil2 lutut. 

Perjalanan turun mmg best...mcm meluncur

Tiba kt pelawangan kitorg rehat2 dulu sementara nak tggu yg lain2 sampai. Masa tu agak susah gak nak tido sebab kat dalam khemah tu sekejap panas sekejap sejuk...mmg x selesa. Lebih kurang kul 2.30 atau 3 ptg kot baru lah dapat gerak ke Danau Segara Anak utk malam ke-2. Perjalanan turun ke Segara Anak ni nasib naik guide ada bagi aku trekking pole...klu x menjerit jugaklah lutut aku sebab trek dia mmg menurun dan menurun.

View masa nak turun ke Danau Segara Anak

View sepanjang perjalanan ke Danau Segara Anak mmg spectacular

Sampai kat Segara Anak hari pun dah gelap...setelkan brg2 dan diri sendiri pastu makan dan tidur. Suhu kat sini kurang sikit sejuknya drpd kat pelawangan. Kat sini, pagi2 jer aku bangun untuk view kawasan sekeliling yg x nampak masa sampai sebab dah gelap. Yang paling memukau ialah danau Segara Anak dan Gunung Baru Jari yang muncul di tengah2 danau ...memang x boleh digambarkan dengan perkataan weiii...mmg cantik...subhaanallah.

Kawasan khemah kami di campsite DSA

View DSA di pagi hari

Lepas bfast kami bersiap2 untuk memulakan pendakian semula untuk keluar melalui pintu Senaru. Rasa berat nak tinggalkan Danau Segara Anak ni...setiap ada kesempatan selagi boleh, mata akan berpaling semula untuk melihat danau yang makin jauh makih indah diapndang mata...perrgghhh..

Doa sebelum start pendakian naik ke crater rim Jalur Senaru

Sebagai kenangan

Bersiap sedia nak meninggalkan DSA untuk menuju ke crater rim..pendakian yang azab

Gunung Baru Jari di tengah DSA...breathtaking tul.

Cantik weiii...


X jenuh2 bergambar sblum meninggalkan Danau Segara ANak

Awal2 pendakian naik ke crater rim mmg agak pacak dan mental jugak...xde menurun...menaik jer. Tp sib baik view kt belakang memang superb...jadi byk berenti2 utk amik gmbr...xlah rasa penat sgt. Akhirnya smpi gak kt atas crater rim...tp view masih tetap cantik. Slps ni, perjalanan lebih mudah sbb semuanya menurun jer sampai ke Pintu Senaru.

Pendakian ke crater rim bermula...meninggalkan DSA di belakang


Makin lama makin berat nak tinggalkan view ni...

View mmg superb

Super superb



Bila boleh berjumpa lagi...??

Lepas pendakian mencanak..akhirnya smpi ke crater rim...lepas ni trek hanya menurun jer

Aku sampai di pintu senaru lebih kurang kul 4 atau 5 ptg...pastu menunggu geng2 lain sampai sebelum masuk ke resort utk bermalam...puas hati.


Berenti di sini utk makan dan solat sebelum keluar kt pintu Senaru...

Alhamdulillah...selesai G. Rinjani

Pagi esoknya kitorang ke Tiu Kelep dan Sendeng Giler yg x berapa jauh drpd resort yg kitorg duduk...just jalan kaki jer dari situ. Gi sana aku x mandi pun...just layan jer lah.


Kali ke-2 di sini

Kenangan di Tiu kelep

Selepas main air terjun kitorg balik semula ke resort utk check out dan bergerak ke Mataram. Esoknya aku ngan Lan dah nak flight balik ke Malaysia...tp geng2 yang lain meneruskan program ke Gili....

Ayam Taliwang...terbaekk..pedasss

Alhamdulillah...selesai trip ke Rinjani ni aku rasa xde apa lagi nak cari kt Lombok....misi dah selesai. Klu ada rezeki aku akan sampai lagi utk jumpa kwn2 yg aku kenal kt Lombok masa trip dan progrm2 sebelum ni. Trip Rinjani ni mmg syok dan akan lama melekat dalam kepala otak...

No comments:

Post a Comment